πππππ¦ π£ππ‘ππ¨ππ¨πππ‘ ππππππ‘ ππ-π€π¨π₯ππ‘ πππ£πππ πππππ§ππ‘πππ‘ π π£ππ-ππ₯π
Kelas Pengukuhan Bacaan Al-Quran kepada kakitangan MPKB-BRI diteruskan seperti biasa pada setiap bulan sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkasakan pembangunan sahsiah dan kerohanian warga kerja.
Program ini melibatkan kakitangan yang telah dipilih bagi meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran dengan bimbingan yang sistematik, sekali gus memperbaiki tajwid, kelancaran bacaan serta meningkatkan keyakinan dalam membaca kitab suci Al-Quran.
Selain memberi penekanan terhadap pelaksanaan tugas-tugas hakiki dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat, MPKB-BRI turut mengambil berat aspek pembangunan rohani sebagai elemen penting dalam membentuk kakitangan yang berintegriti, berakhlak mulia, berdisiplin dan berkualiti.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyemai budaya mencintai Al-Quran dalam kalangan warga kerja MPKB-BRI serta melahirkan insan yang seimbang dari segi kecemerlangan profesional dan penghayatan nilai-nilai Islam.
#mpkbbri
#pbt
#alquran
#MembangunBersamaIslam



- Last updated on .
- Hits: 37