Accessibility Tools

Skip to main content

π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—£π—˜π— π—’π—§π—’π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π——π—”π—ͺπ—”π—œπ—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—Ÿπ—”π—› π—¨π—¦π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π— π—˜π—₯𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 π——π—œ π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ π—žπ—’π—§π—” 𝗕𝗛𝗔π—₯𝗨

Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melaksanakan operasi pemotongan pendawaian elektrik bagi light box yang dipasang pada tiang lampu jalan JKR di beberapa lokasi sekitar Kota Bharu.

Operasi ini dilaksanakan susulan pemeriksaan yang mendapati sebahagian pendawaian berada dalam keadaan usang, rosak dan terputus. Malah, terdapat kabel yang ditinggalkan di atas pembahagi jalan (divider), sekali gus berpotensi mengundang risiko kemalangan serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pendawaian lama telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi menghapuskan risiko bahaya, di samping memastikan kawasan jalan raya berada dalam keadaan lebih selamat, kemas dan teratur.

Operasi ini melibatkan tiga lokasi utama, iaitu:

  • ⁠ ⁠Jalan Kuala Krai
  • ⁠ ⁠Jalan Tok Guru
  • ⁠ ⁠Jalan Sultan Yahya Petra

MPKB-BRI akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang infrastruktur yang didapati rosak atau berpotensi membahayakan orang awam. Kerjasama semua pihak dalam menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang kerosakan amatlah dihargai demi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, kondusif dan sejahtera.

PEMOTONGANDAWAI2

PEMOTONGANDAWAI3

PEMOTONGANDAWAI4

PEMOTONGANDAWAI5

  • Last updated on .
  • Hits: 35