Accessibility Tools

Skip to main content

π— π—˜π—‘π—”π—œπ—ž 𝗧𝗔π—₯𝗔𝗙 π—Ÿπ—”π— π—£π—¨ π—›π—œπ—šπ—› 𝗠𝗔𝗦𝗧 π—Ÿπ—˜π—— π——π—œ π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π—žπ—’π—§π—” 𝗕𝗛𝗔π—₯𝗨

Lawatan tapak telah diadakan bersama wakil jurutera daripada JPM ICU Kelantan dan Ahli Majlis MPKB-BRI susulan aduan yang diterima daripada orang awam sepanjang tahun 2025 dan 2026 berhubung kekurangan pencahayaan di beberapa kawasan sekitar bandar yang menyebabkan keadaan menjadi gelap serta kurang selamat.

Sehubungan itu, hasil permohonan projek melalui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sebanyak 18 lokasi telah dikenal pasti untuk kerja-kerja menaik taraf dan pemasangan lampu High Mast LED. Projek ini dijangka bermula dalam masa terdekat dan siap sepenuhnya pada tahun ini.

Antara lokasi yang terlibat ialah sekitar Jalan Sri Cemerlang, Jalan Berek 12, Jalan Long Yunus, Jalan Sultanah Zainab, Jalan Bawah Lembah serta beberapa lokasi strategik lain di sekitar Bandar Kota Bharu.

Selain itu, Unit Elektrik MPKB-BRI turut melaksanakan beberapa kerja baik pulih sistem pencahayaan dan lampu hiasan di sekitar bandar bagi memastikan kawasan bandar sentiasa terang, ceria dan selamat untuk kegunaan orang awam.

MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam yang terus menyalurkan aduan dan maklum balas. Kerjasama ini amat dihargai dalam membantu MPKB-BRI meningkatkan kualiti kemudahan awam serta memastikan Bandar Kota Bharu kekal terang, selamat dan selesa untuk semua.

LAMPU2

LAMPU3

LAMPU1

  • Last updated on .
  • Hits: 42