๐ฃ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฑ๐ฎ ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐๐ ๐ฃ๐จ ๐ฆ๐ข๐๐๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ง๐จ๐ ๐๐ข๐
Susulan aduan yang diterima daripada orang awam dan Ahli Majlis MPKB-BRI berhubung keperluan penambahan serta penyelenggaraan lampu jalan demi meningkatkan tahap keselamatan di sekitar Bandar Satelit Pasir Tumboh, permohonan projek telah dikemukakan dan diluluskan untuk dilaksanakan oleh pihak JPM ICU Kelantan.
Lawatan tapak telah diadakan bersama wakil jurutera JPM ICU Kelantan, Pengerusi JKP Pasir Tumboh dan Penghulu Mukim Terusan Pasir Tumboh bagi menyelaras spesifikasi, lokasi pemasangan serta kaedah pelaksanaan kerja di tapak agar projek dapat dilaksanakan dengan selamat, teratur dan mengikut perancangan.
Sebanyak 52 unit lampu solar LED akan dipasang bagi meningkatkan tahap pencahayaan dan keselamatan di kawasan terlibat. Penggunaan lampu solar ini juga selaras dengan usaha MPKB-BRI dalam memperkukuh agenda bandar rendah karbon serta merealisasikan aspirasi ke arah Bandar Pintar.
Projek ini telah bermula dan kini berada dalam fasa kerja-kerja awal di tapak. Penyelarasan akan terus dilaksanakan bersama pihak JPM ICU Kelantan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual serta memberi manfaat dan impak positif kepada penduduk setempat.
#pbt #mpkb #membangunbersamaislam



- Last updated on .
- Hits: 47