Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ & ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KOTA BHARU, 2 Julai โ€“ Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah Kursus Pemeriksaan dan Penggredan Kebersihan Pasar Awam & Pasar Malam Tahun 2026 yang berlangsung pada 1 hingga 2 Julai 2026 di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI.

Kursus anjuran bersama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta MPKB-BRI itu menghimpunkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Utara.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam melaksanakan pemeriksaan serta penggredan kebersihan pasar awam dan pasar malam berdasarkan garis panduan serta standard yang ditetapkan oleh KPKT. Peserta turut didedahkan dengan kaedah pemeriksaan, teknik penilaian penggredan kebersihan dan amalan terbaik bagi memastikan tahap kebersihan pasar sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

Sebagai tuan rumah, MPKB-BRI telah menyelaras keseluruhan aspek penganjuran bagi memastikan perjalanan kursus berjalan lancar. Penganjuran ini juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh pelaksanaan penguatkuasaan serta meningkatkan kualiti pengurusan kebersihan pasar awam dan pasar malam di seluruh negara.

Kursus ini diharapkan dapat melahirkan anggota pelaksana yang lebih kompeten dan profesional dalam memastikan premis pasar awam dan pasar malam sentiasa bersih, selamat serta mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

#pbt
#mpkb
#kursuskebersihan
#pasar
#membangunbersamaislam

KURSUS%20PASAR1

KURSUS%20PASAR2

KURSUS%20PASAR3

KURSUS%20PASAR4

KURSUS%20PASAR5

  • Last updated on .
  • Hits: 8