Accessibility Tools

Skip to main content

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—”π—₯π—‘π—œπ—©π—”π—Ÿ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§ 𝗣π—₯π—œπ—›π—”π—§π—œπ—‘ π—”π—Ÿπ—”π— 

Pelaksanaan program ini adalah di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program Karnival Rakyat Prihatin Alam anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Bunut Payung, Parlimen Kota Bharu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 bertempat di Kawasan Lapang Masjid Sultan Muhammad II, Telipot.

Program ini dianjurkan bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat, agensi kerajaan, swasta serta komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program berlangsung antaranya pertandingan mewarna, sukan rakyat, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, aktiviti brisk/plogging walk serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Pada program ini juga masyarakat diberi kesedaran tentang minyak masak terpakai E-waste dan juga kitar semula.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Shaari bin Mat Yaman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, bersama Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai MPKB-BRI. Majlis juga turut dihadiri oleh Puan Nor Ilyani Binti Inche Kamarudin, wakil KPKT.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menyemai budaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta memperkukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan lestari.

KARNIVAL%20RAKYAT

KARNIVAL%20RAKYAT1

KARNIVAL%20RAKYAT2

KARNIVAL%20RAKYAT3

KARNIVAL%20RAKYAT4

KARNIVAL%20RAKYAT5

  • Last updated on .
  • Hits: 9