๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ข๐ก๐-๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐ฃ๐๐-๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
KOTA BHARU, 8 Julai 2026 โ Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana MPKB-BRI bagi tahun 2026 bertempat di Padang hadapan UiTM Lembah Sireh.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YABhg. Datoโ Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua, MPKB-BRI. Turut hadir menjayakan program ialah Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, pegawai-pegawai serta kakitangan MPKB-BRI. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi luar termasuk pelajar KPTM, kakitangan UiTM cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sukarelawan Communication for Behavioral Impact (COMBI) serta Geng Plastik Hijau.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat, memperkukuh semangat kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.
MPKB-BRI berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam menjadikan Kota Bharu sebuah Bandar Raya Islam yang Bersih, Indah dan Lestari.
#mpkbbri
#gotonroyongperdana
#lembahsireh
#kotabharubersih
#lestarihijau






- Last updated on .
- Hits: 9