ππ’π π£ππ¨π‘ ππ ππ§ππ¦ π£π₯π’ππ₯ππ ππππ¨π₯ππ‘ π§π¨πππ₯ ππ π£π₯ππ ππ¦ π£ππ₯π‘ππππππ‘ ππ π§ππ£π π¦π¨π‘πππ πππππ‘π§ππ‘
KOTA BHARU | 8 Julai 2026 β Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan Notis Kesalahan Serta Tawaran Untuk Kompaun berjumlah RM25,000 kepada pemilik sebuah premis yang menganjurkan program hiburan tanpa lesen sah di sebuah premis perniagaan di tepi Sungai Kelantan.
Tindakan itu diambil susulan penganjuran program hiburan bertemakan "Disco Retro, Hippie 60-an, 70-an dan 80-an" yang diadakan pada 3 Julai lalu dan tular di media sosial.
Majlis telah mengadakan satu perjumpaan secara bersemuka yang melibatkan pegawai daripada Jabatan Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan bersama pemilik premis serta penganjur program bagi mendapatkan penjelasan berhubung penganjuran acara tersebut.
Pertemuan itu bertujuan menyiasat serta memberi penjelasan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pihak penganjur, khususnya di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Selain itu, beberapa kompaun lain turut dikeluarkan terhadap pemilik premis kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.
Majlis menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperkukuh penguatkuasaan terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang dan syarat pelesenan bagi memastikan setiap aktiviti hiburan serta perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
#pbt #MPKB #kompaun #fypγ·γviralγ· #premishiburan


- Last updated on .
- Hits: 11