Accessibility Tools

Skip to main content

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ—”π—› π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ

12 Julai 2026 | Ahad - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Program Solat Dhuha dan Kuliah Bulanan pada 12 Julai 2026 bertempat di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa.

Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Setiausaha MPKB-BRI, Ahli-ahli Majlis, pegawai serta kakitangan MPKB-BRI sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan membudayakan amalan Islam dalam kalangan warga kerja.

Program dimulakan dengan pelaksanaan Solat Dhuha secara berjemaah sebelum diteruskan dengan sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Baharin bin Yusoff, Imam Tua Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa. Dalam penyampaiannya, beliau menekankan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah SWT, mengamalkan nilai amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas, serta menjadikan ibadah sebagai asas dalam membentuk peribadi dan budaya kerja yang cemerlang.

Penganjuran program seperti ini merupakan antara usaha MPKB-BRI dalam melahirkan warga kerja yang bukan sahaja cemerlang dari segi prestasi kerja, malah memiliki sahsiah, akhlak dan nilai spiritual yang tinggi selaras dengan aspirasi Bandar Raya Islam.

Semoga pengisian ilmu dan peringatan yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menjadi panduan kepada seluruh warga MPKB-BRI dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, integriti dan profesionalisme.
#pbt
#MPKB
#SolatDhuha
#MembangunBersamaIslam

DHUHAJULAI2

DHUHAJULAI4

DHUHAJULAI3

DHUHAJULAI5

  • Last updated on .
  • Hits: 30