Accessibility Tools

Skip to main content

OPS BERSEPADU MPKB-BRI BERSAMA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

KOTA BHARU, 13 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di beberapa premis perniagaan sekitar Kota Bharu pada hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara JIM Negeri Kelantan dan MPKB dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran dan penggajian Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Operasi tersebut melibatkan seramai 18 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Kelantan dengan kerjasama 9 pegawai MPKB.

.

Sebanyak 14 premis di periksa di sekitar bandar Kota Bharu dan telah mengeluarkan 2 kompaun kerana berniaga tanpa lesen MPKB BRI yang sah.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 57 orang telah diperiksa. Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 16 orang warga asing yang terdiri daripada 7 warganegara Indonesia, 5 warganegara Thailand, 1 warganegara India dan 3 warganegara Pakistan. Kesemua yang ditahan melibatkan 11 lelaki dan 5 perempuan berumur antara 28 hingga 45 tahun.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah bagi tujuan siasatan dan tindakan susulan kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan akan terus mempergiat dan memperhebat operasi penguatkuasaan secara berterusan dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa lain bagi mengesan, menahan serta mengambil tindakan tegas terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), majikan dan mana-mana individu yang melindungi, menggaji atau memudah cara warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

#pbt #mpkb #wargaasing #pati #imigresen

PATI2

PATI4

PATI3

  • Last updated on .
  • Hits: 27