"ππππ-π’ππ" π£π₯π’πππ π ππ‘ππππ§ππ₯ππ π¦ππ¦π§ππ π¦ππππ₯ππ‘ πππͺππ¦ππ‘ π£ππ₯ππ‘ππ¨π¦π§π₯πππ‘ π πππ ππ¨π‘πππ‘π
Satu sesi tinjauan tapak dan "Kick Off" telah dilaksanakan bagi Projek Menaiktaraf Longkang serta Kerja-kerja Berkaitan di Kawasan Perindustrian Meil Lundang.
βProjek ini merupakan sebahagian daripada Program Projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada di bawah RMK-13 (Tahun 2026) bagi Negeri Kelantan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
βTurut sama memantau perkembangan di tapak projek ialah YBrs. Encik Wan Mohd Supian Bin Wan Deris, Pengarah MIDA Kelantan.
Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur asas demi mewujudkan kawasan perindustrian yang lebih selamat, sistematik, berdaya saing dan kondusif untuk pembangunan ekonomi Negeri Kelantan.
#pbt
#mpkbbri
#kelantankubersih
#perindustrian
#kelantan


- Last updated on .
- Hits: 32