Accessibility Tools

Skip to main content

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—”π—‘π——π—” 𝗔π—₯𝗔𝗦 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—œπ—§π—”π—₯ π—¦π—˜π— π—¨π—Ÿπ—” π—žπ—˜ π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—žπ—˜π— π—”π— π—£π—”π—‘π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯, π—žπ—˜π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—§π—˜π— π—£π—”π—§π—”π—‘ (π—žπ—£π—žπ—§), 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔

Pada hari Khamis, 16 Julai 2026, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan lawatan penanda aras Program Kitar Semula ke Bahagian Kemampanan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta memahami dasar-dasar dan pelaksanaan Program Kitar Semula di peringkat kebangsaan sebagai panduan dalam memperkukuhkan pelaksanaan program tersebut di kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Delegasi lawatan telah diketuai oleh YABhg. Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, bersama YBrs. Encik Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Ahli Majlis, YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, barisan Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar MPKB-BRI.

Delegasi MPKB-BRI telah disambut oleh YBrs. Puan Rizawati binti Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemampanan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah memberikan penerangan ringkas berhubung dasar, strategi dan pelaksanaan Program Kitar Semula serta pengurusan sisa pepejal mampan di peringkat kebangsaan.

Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat memberikan manfaat yang besar dalam usaha memperkasakan pengurusan kebersihan, kelestarian alam sekitar serta pelaksanaan Program Kitar Semula demi mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih, indah dan mampan.

#pbt #MPKB #MembangunBersamaIslam

KPKT1

KPKT2

KPKT3

KPKT4

KPKT5

KPKT6

  • Last updated on .
  • Hits: 4