πππͺππ§ππ‘ π πππππ¦ π£ππ₯πππ‘πππ₯ππ‘ ππ’π§π ππππ₯π¨ πππ‘πππ₯ π₯ππ¬π ππ¦πππ ππ π¦πͺππ’π₯π£ π ππππ¬π¦ππ, ππ¬πππ₯πππ¬π
Pada 16 Julai 2026, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia) yang terletak di Cyberjaya. Lawatan ini diketuai oleh YABhg. Datoβ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, dan turut disertai oleh YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, bersama Ketua Ahli Majlis, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai yang menganggotai Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar MPKB-BRI.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami serta mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh SWCorp Malaysia. Delegasi MPKB-BRI telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan SWCorp Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab memantau dan mengawal selia pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672, iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ir. Mohd Azwan bin Mohd Nor Rezan, Pengarah Bahagian Sisa Domestik dan Pembersihan Awam, SWCorp Malaysia. Beliau telah berkongsi mengenai pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia, termasuk aspek pemantauan perkhidmatan, amalan terbaik serta pendekatan yang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan.
Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pihak SWCorp Malaysia ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada MPKB-BRI dalam usaha memperkasakan sistem pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga lawatan penanda aras ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu yang mampu menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, indah dan lestari selaras dengan aspirasi Kota Bharu Bandaraya Islam.
#PBT #MPKB #swcorpwilayahpersekutuan








- Last updated on .
- Hits: 8