Accessibility Tools

Skip to main content

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—”π—‘π——π—” 𝗔π—₯𝗔𝗦 π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ π—žπ—˜ π—žπ——π—˜π—• π—₯π—˜π—–π—¬π—–π—Ÿπ—˜ π—–π—˜π—‘π—§π—₯π—˜, π—–π—¬π—•π—˜π—₯𝗝𝗔𝗬𝗔

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—”π—‘π——π—” 𝗔π—₯𝗔𝗦 π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ π—žπ—˜ π—žπ——π—˜π—• π—₯π—˜π—–π—¬π—–π—Ÿπ—˜ π—–π—˜π—‘π—§π—₯π—˜, π—–π—¬π—•π—˜π—₯𝗝𝗔𝗬𝗔

17 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melengkapkan siri lawatan penanda aras Program Kitar Semula di Lembah Klang dengan mengadakan lawatan ke KDEB Recycle Centre yang terletak di Cyberjaya.

Lawatan ini diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI dan turut disertai oleh Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Ketua Ahli Majlis dan barisan Ahli-Ahli Majlis, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai yang menganggotai Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar MPKB-BRI.

Ketibaan delegasi MPKB-BRI telah disambut oleh Encik Mohammad Roshidan dan Encik Ammar Ehsan daripada KDEB Recycle Centre.

Taklimat berhubung operasi dan pengurusan KDEB Recycle Centre telah disampaikan oleh Encik Ammar Ehsan selaku Pengurus Pelaksana Projek KDEB Recycle Centre. Beliau telah berkongsi kaedah pelaksanaan program kitar semula yang dilaksanakan secara sistematik, termasuk pengurusan bahan kitar semula, penglibatan komuniti serta pendekatan yang digunakan bagi memastikan pusat kitar semula tersebut beroperasi dengan berkesan dan mampan.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri kaedah yang dilaksanakan oleh KDEB Recycle Centre dalam pengurusan dan penyusunan operasi kitar semula serta memahami hasil dan impak yang diperoleh melalui pelaksanaan pusat kitar semula tersebut. Delegasi MPKB-BRI turut berpeluang meninjau kemudahan dan amalan terbaik yang boleh dijadikan penanda aras dalam memperkukuhkan Program Kita Semula di kawasan pentadbiran Kota Bharu.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha MPKB-BRI untuk terus memperkasakan inisiatif kelestarian alam sekitar dan membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih, hijau dan lestari.

#PBT #MPKB #KDEBWasteManagement #recyclecentre #MembangunBersamaIslam

KDEB1

KDEB2

KDEB3

KDEB4

  • Last updated on .
  • Hits: 6