Accessibility Tools

Skip to main content

π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—£π—”π——π—¨ π—•π—”π—‘π—§π—˜π—₯𝗔𝗦 π—£π—”π—§π—œ π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π—žπ—’π—§π—” 𝗕𝗛𝗔π—₯𝗨

Pada 24 Julai 2026 (Jumaat), satu Operasi Bersepadu Banteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dijalankan di sekitar pusat bandar Kota Bharu. Operasi ini bertujuan mengesan, memeriksa dan mengambil tindakan terhadap warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau permit yang sah, di samping memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuatkuasa.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan antaranya Penguatkuasa MPKB-BRI, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kerjasama antara agensi ini membolehkan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh terhadap aspek imigresen, lesen perniagaan, pematuhan peraturan serta aktiviti perdagangan.

Dalam operasi ini, hampir 400 warga asing telah diperiksa bagi tujuan dokumentasi serta pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 30 individu ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau permit yang sah. Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Pelaksanaan operasi secara bersepadu ini mencerminkan komitmen pihak berkuasa dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang, memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan sedia ada.

Operasi seumpama ini dijangka akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI dan memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara.

#pbt #pati #kelantan #kotabharu #wargaasing #ops #operasi

PATI6

PATI10

PATI7

PATI8

PATI9

  • Last updated on .
  • Hits: 5