Accessibility Tools

Skip to main content

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π— π—˜π—‘π—–π—˜π—šπ—”π—› π—ͺπ—”π—•π—”π—ž π——π—˜π—‘π—šπ—šπ—œ π——π—œπ—₯π—”π—¦π— π—œπ—žπ—”π—‘ π—’π—Ÿπ—˜π—› 𝗬𝗕 π—›π—œπ—Ÿπ— π—œ π—•π—œπ—‘ π—”π—•π——π—¨π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

KOTA BHARU, 25 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Kempen Mencegah Wabak Denggi di Masjid Mukim Kemumin, Kampung Kemumin pada Sabtu, 25 Julai 2026, bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YBrs. En Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Whip MPKB-BRI, YBrs. En Alam Shaleh @ Alam Sholah bin Awang Lah, Ahli Majlis MPKB-BRI, pegawai-pegawai MPKB-BRI, agensi-agensi kerajaan, Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kemumin serta penduduk setempat.

Penganjuran kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah-langkah pencegahan wabak denggi, di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program, antaranya gotong-royong membersihkan kawasan, pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes, pameran kesihatan, ceramah kesedaran, pendidikan kesihatan serta edaran bahan informasi kepada penduduk.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Hilmi bin Abdullah menyeru seluruh masyarakat supaya mengamalkan konsep "Cari dan Musnah" secara berterusan serta menjadikan kebersihan persekitaran sebagai tanggungjawab bersama bagi membendung penularan wabak denggi.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kemumin atas sumbangan menaja gulai kawah kepada para peserta dan petugas program. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Bahagian Kesihatan Awam MPKB-BRI, semua agensi yang terlibat, para sukarelawan dan penduduk Kampung Kemumin atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kempen ini.

Diharapkan penganjuran kempen ini dapat memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat serta menyemai budaya hidup bersih dan sihat demi mewujudkan persekitaran yang bebas daripada wabak denggi.

#kotabharu
#bandarrayaislam
#bebasdenggi
#cegahwabakdenggi

DENGGI6

DENGGI7

DENGGI8

DENGGI9

DENGGI10

  • Last updated on .
  • Hits: 26