π’π£ππ₯ππ¦π π π¨π₯π‘π πππ₯π¦ππ£πππ¨ πππ‘π§ππ₯ππ¦ ππ¦π¨ πππππ‘πππ‘πππ‘ πππ‘ π£ππ ππ‘π§π π¦ππππππ
KOTA BHARU | 29 Julai 2026 β Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melaksanakan Operasi Murni Bersepadu bermula jam 9.00 malam hingga 12.30 pagi dengan penyelarasan oleh Bahagian Penguatkuasa MPKB-BRI.
Operasi yang diketuai oleh YBrs. En. Mohamad Bin Ali, Ketua Inspektor Penguatkuasa MPKB-BRI ini memberi fokus kepada usaha mengurangkan serta menangani isu gelandangan dan individu tanpa tempat tinggal di kawasan bandar, di samping membanteras aktiviti meminta sedekah yang menyalahi undang-undang.
Operasi ini merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi melibatkan 10 anggota MPKB-BRI, 19 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 13 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan operasi ialah sekitar kawasan bank-bank, Dataran Muhammadi dan Dataran Bandar Raya.
Hasil operasi:
JKM menahan 4 orang warga tempatan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977.
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 4 orang warga asing di bawah Akta Imigresen 1959/63.
MPKB-BRI menyeru orang ramai agar lebih berwaspada ketika menghulurkan sumbangan dan tidak memberikan wang secara terus kepada individu yang meminta sedekah di tempat awam. Sebaliknya, salurkan bantuan melalui agensi atau pertubuhan yang sah bagi memastikan sumbangan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan Kota Bharu kekal bersih, selamat, sejahtera dan berdaya huni.
#MPKBBRI #BandarRayaIslam #OperasiMurniBersepadu #KotaBharuSejahtera #PrihatinBersama





- Last updated on .
- Hits: 10