πππͺππ§ππ‘ π¬ππ‘π π§ππ₯ππ ππ§ π π¨πππ π§ππ‘πππ¨ π ππππ’π§π πππππ‘π§ππ‘ ππ π§ππ£ππ π£π₯π’πππ πππ‘ππ¦πππ£ π£ππ₯πππ‘πππ₯ππ‘ ππ’π§π ππππ₯π¨
Kota Bharu | 30 Julai 2026 - Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan berangkat mencemar duli mengadakan lawatan ke beberapa tapak Projek Landskap Perbandaran Kota Bharu bagi meninjau pelaksanaan serta kemajuan projek pembangunan landskap yang sedang dilaksanakan di pusat bandar.
Turut mengiringi lawatan ialah YABhg. Dato' Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Dato' Zulkifle Bin Abd Rahman, Dr Mazifah Binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), Setiausaha MPKB-BRI, pegawai-pegawai MPKB-BRI, pegawai-pegawai Jabatan Landskap Negara, wakil perunding serta pihak kontraktor.
Sepanjang lawatan tersebut, YTM Tuanku telah berkenan mendengar persembahan taklimat ringkas mengenai perkembangan projek yang dijangka siap awal tahun hadapan.
Antara lokasi yang dilawati ialah Dataran Kota Sultan Ismail Petra, Padang Merdeka, Bulatan Medan Tuan Padang, Laluan Pejalan Kaki, Jalan Temenggong serta beberapa lorong belakang di sekitar pusat bandar yang terlibat dengan projek naik taraf pengindahan bandar.
Lawatan ini mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan YTM Tuanku terhadap usaha memperkasa pembangunan landskap bandar yang lebih lestari, kondusif dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam yang bersih, indah dan berdaya huni.
MPKB-BRI merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan YTM Tuanku mencemar duli mengadakan lawatan ke tapak projek landskap perbandaran ini.
#PBT #kelantan #landskap #kotabharusejahtera #DaulatTuanku #MPKB #tmkelantan #MembangunBersamaIslam






- Last updated on .
- Hits: 16