Accessibility Tools

Skip to main content

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ π—žπ—˜ π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—˜π—«π—–π—’ 𝗝𝗔π—ͺπ—”π—§π—”π—‘π—žπ—¨π—”π—¦π—” π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—–π—’π—‘π—šπ—”π—‘, π—žπ—˜π—•π—¨π——π—”π—¬π—”π—”π—‘, π—žπ—˜π—¦π—˜π—‘π—œπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—”π—‘

09 Ogos 2026, Kota Bharu, Kelantan - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Kamarudin Md Nor.

Kunjungan diketuai oleh YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, bersama YBrs. Encik Hasbi Bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan Kaum dan Pelancongan MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai MPKB-BRI. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Mohd Azwan bin Ab Rahman, Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama dan jalinan strategik antara MPKB-BRI dengan Kerajaan Negeri Kelantan, khususnya dalam aspek pembangunan serta pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan di kawasan pentadbiran Kota Bharu.

Dalam pertemuan tersebut, pihak MPKB-BRI turut membentangkan kertas kerja cadangan program yang dirancang bagi akhir tahun 2026, di samping mengemukakan permohonan peruntukan cadangan pelaksanaan program-program tahunan MPKB-BRI tersebut.

Kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri amat penting bagi memastikan setiap perancangan program dapat dilaksanakan secara tersusun dan berimpak, sekaligus menyumbang kepada usaha memperkasa Kota Bharu sebagai destinasi pelancongan, kebudayaan dan warisan yang lebih berdaya saing.

MPKB-BRI akan terus komited untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda perancangan pembangunan kawasan pelancongan di bandar Kota Bharu serta potensi pelancongan dan warisan Kota Bharu kepada masyarakat setempat dan para pelancong.

#pbt #mpkbbri #MembangunBersamaIslam

EXCO1

EXCO2

EXCO3

EXCO4

  • Last updated on .
  • Hits: 7