π£π₯π’ππ₯ππ π£ππ‘ππ₯ππ‘πππ‘ πππ¦ππ₯ πππ₯πππππ‘ π‘ππππ₯π πππππ‘π§ππ‘ πππ‘ π± πππ π π£ππ-ππ₯π πππ£πππ πππππ§ππ‘πππ‘ πππ’π‘ ππ’π§π ππππ₯π¨
Program Penerangan Dasar Kerajaan Negeri Kelantan dan 5KAF MPKB-BRI kepada Kakitangan AEON Kota Bharu dibuat hari ini adalah satu inisiatif penerangan dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kefahaman warga kerja sektor swasta, khususnya kakitangan AEON Kota Bharu, terhadap dasar, agenda dan hala tuju pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan serta inisiatif 5KAF MPKB-BRI.
Menyampaikan penerangan petang ini kepada kakitangan AEON adalah Ust Nor Azariza Mohd Alawi, Ahli Majlis MPKB-BRI dan Ust Abdul Rahman dari Halaqat Kota Bharu.
Melalui program ini juga diharap dapat membentuk budaya kerja dan komuniti yang lebih prihatin, bertanggungjawab serta berdisiplin disamping menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan persekitaran.
Terima kasih kepada pengurusan AEON semua kakitangan AEON yang memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.
#PBT #mpkbbri #AeonMall #5kaf #kotabharu #MembangunBersamaIslam



- Last updated on .
- Hits: 7