ππ¨π‘ππ¨π‘πππ‘ πππππ§ππ‘ πππ¦ππππ§ππ‘ π‘ππππ₯π πππππ‘π§ππ‘ ππ π π£ππ-ππ₯π
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN Kelantan) bagi membincangkan situasi semasa penularan demam denggi di Daerah Kota Bharu.
Kunjungan tersebut diketuai oleh YBrs. Dr. Kaswadi bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, bersama pegawai-pegawai JKN Kelantan.
Dalam kunjungan tersebut, pihak JKN Kelantan telah membentangkan laporan dan statistik terkini berkaitan situasi demam denggi di Daerah Kota Bharu, termasuk perkembangan kes serta kawasan yang dikenal pasti berisiko.
Pihak JKN Kelantan turut memohon kerjasama dan komitmen erat MPKB-BRI dalam membantu mempergiat usaha pencegahan dan kawalan wabak denggi, khususnya melalui tindakan berkaitan kebersihan persekitaran, pengurusan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta kesedaran masyarakat.
MPKB-BRI komited untuk terus bekerjasama dengan JKN Kelantan dan agensi berkaitan dalam melaksanakan tindakan pencegahan secara bersepadu demi memastikan persekitaran Kota Bharu kekal bersih, sihat dan selamat.
Kerjasama semua pihak, khususnya masyarakat, amat penting dalam memutuskan rantaian penularan denggi. Tiada tempat pembiakan Aedes, tiada denggi.
#mpkbbri #JKNKelantan #denggi #KotaBharu #CegahDenggi #KebersihanPersekitaran #HapuskanAedes



- Last updated on .
- Hits: 6