Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—ง๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ (๐—ง๐—จ๐— ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก), ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

 

18 Ogos 2026, Selasa โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Hidup (Tumbuhan) yang bertempat di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Fauzana binti Abdullah, Pengarah Bahagian Taman Persekutuan dari Jabatan Landskap Negara. Kursus ini telah disertai oleh seramai 40 orang pegawai dan kakitangan MPKB-BRI, serta turut disertai oleh pegawai dan kakitangan daripada beberapa Majlis Daerah lain yang terlibat dalam pengurusan aset hidup (tumbuhan).

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai mengenai tatacara pengurusan aset hidup (tumbuhan) secara teratur, sistematik dan berkesan.

Antara objektif utama kursus adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan tatacara pengurusan, penyelenggaraan, rekod dan kawalan aset hidup (tumbuhan) serta memastikan pengurusan aset dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

#kursus #landskapnegara #MPKB #MembangunBersamaIslam

KURSUSASET1

KURSUSASET2

KURSUSASET3

KURSUSASET4

  • Last updated on .
  • Hits: 12