SIRI JELAJAH KULIAH KEPADA PEKERJA-PEKERJA DI PASAR RAYA SEKITAR KOTA BHARU
Siri Jelajah Kuliah kepada pekerja-pekerja di Pasar Raya sekitar kota Bharu berjalan lancar.
Hari ini diteruskan siri Jelajah Kuliah MPKB-BRI kepada pekerja Mydin Tunjong merupakan satu inisiatif pengisian kerohanian yang bertujuan memberikan pendedahan ilmu dan kefahaman Islam dalam kalangan warga kerja. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Ahli Majlis MPKB-BRI dengan pendekatan yang santai dan mudah difahami, merangkumi aspek keimanan, ibadah, akhlak serta penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan pekerjaan.
Program ini juga menjadi medium untuk membentuk warga kerja yang lebih berdisiplin, amanah, bertanggungjawab dan berakhlak mulia dalam melaksanakan tugas. Diharapkan pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para pekerja serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja.



- Last updated on .
- Hits: 7