Accessibility Tools

Skip to main content

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—₯π—’π— π—•π—’π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗗𝗔π—₯π—œ π—¦π—›π—œπ—‘π—¦π—œπ—₯𝗒 π—–π—œπ—§π—¬, π—π—˜π—£π—¨π—‘

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅ π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—₯π—’π— π—•π—’π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗗𝗔π—₯π—œ π—¦π—›π—œπ—‘π—¦π—œπ—₯𝗒 π—–π—œπ—§π—¬, π—π—˜π—£π—¨π—‘ πŸ‡―πŸ‡΅πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Ogos 2026 (Ahad) - Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menerima kunjungan rombongan pelajar dari Shinsiro City, Jepun, yang terdiri daripada 10 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring pada 23 Ogos 2026 bertempat di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI. Turut hadir YABhg. Dato’ Hj. Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, serta pegawai-pegawai MPKB-BRI.

Kunjungan ini merupakan salah satu usaha memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara Kota Bharu dan Shinsiro City. Hubungan ini turut terjalin hasil kerjasama YBrs. Tuan Hj. Azman bin Mohd Daham, Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan ketika beliau masih berkhidmat di MPKB-BRI yang mana beliau telah menghadiri program Newcastles of the World, yang menghimpunkan bandar-bandar di seluruh dunia yang mempunyai nama berkaitan β€œKota Baru” atau β€œNewcastle” pada tahun 2012.

Kunjungan ini bukan sahaja menjadi platform pertukaran budaya dan pengalaman, malah membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat Kota Bharu, budaya Kelantan serta kehidupan masyarakat tempatan. Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh dan berkembang pada masa akan datang melalui pelbagai bentuk pertukaran dan kerjasama.

Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman yang bermakna serta menjadi kenangan indah kepada para pelajar Shinsiro City sepanjang berada di Kota Bharu.

γ‚³γ‚Ώγƒγƒ«γΈγ‚ˆγ†γ“γ!

Kota Bharu e Yōkoso

Selamat datang ke Kota Bharu! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡―πŸ‡΅

#mpkbbri #KotaBharu #Kelantan #shinsirocity #π—π—²π—½π˜‚π—» #malaysiajepun #pertukaranbudaya #persahabatanmalaysiajepun #selamatdatangkekotabharu

JEPUN1

JEPUN2

JEPUN3

 

 

 

JEPUN4

JEPUN5

JEPUN6

  • Last updated on .
  • Hits: 6