Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN TAPAK KE DATARAN MUZIUM KRAFTANGAN, KAMPUNG KRAFTANGAN, KOTA BHARU

KOTA BHARU – Satu lawatan tapak ke Dataran Muzium Kraftangan, Kampung Kraftangan, Kota Bharu telah diadakan bersama YBrs. Puan Nor Aliza, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kelantan, Yayasan Kraftangan Kelantan serta wakil Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak serta mengenal pasti skop kerja pembaikan yang diperlukan. Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI akan membantu dalam penyediaan anggaran kos dan skop kerja berkaitan bagi tujuan permohonan projek tersebut.

Sekiranya permohonan ini mendapat kelulusan, MPKB-BRI akan bertindak sebagai agensi pelaksana bagi memastikan kerja-kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan disempurnakan dengan jayanya.

MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MOTAC Negeri Kelantan dan Yayasan Kraftangan Kelantan atas jemputan mengadakan lawatan tapak serta kepercayaan yang diberikan kepada MPKB-BRI untuk membantu dalam permohonan dan pelaksanaan projek ini.

Semoga usaha dan kerjasama antara agensi ini dapat menyumbang kepada usaha memelihara, menaik taraf dan memperindah kemudahan di Dataran Muzium Kraftangan demi keselesaan pengunjung serta memperkukuh imej kawasan tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan dan warisan seni kraftangan di Negeri Kelantan.

“Kota Bharu Bandar Raya Islam”

MUZIUM1

MUZIUM2

MUZIUM3

MUZIUM4

  • Last updated on .
  • Hits: 3