πππ₯ππ ππππ π£π¨πππ πππ¦πππ¨π₯π¨πππ‘ π¦ππ¦π§ππ π£ππ‘πππππ¬πππ‘ π£ππ‘π§π¨ πππ₯πππ‘π πππ§ππ₯ππ‘ ππππ‘π ππ’, ππ’π§π ππππ₯π¨
KOTA BHARU β MPKB-BRI melalui Panel Kontraktor MPKB-BRI telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan keseluruhan sistem pencahayaan di Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho, Jalan Kebun Sultan.
Kerja-kerja yang dilaksanakan melibatkan pemeriksaan, penyelenggaraan serta baik pulih komponen pencahayaan bagi memastikan pintu gerbang tersebut kembali diterangi dengan baik, khususnya pada waktu malam, di samping meningkatkan imej dan keceriaan kawasan sekitar.
Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho merupakan salah satu mercu tanda unik di bandar Kota Bharu yang mengetengahkan seni bina bercirikan kebudayaan Cina. Pintu gerbang ini dirasmikan pada tahun 2017 dan dinamakan bersempena Laksamana Cheng Ho, tokoh pelayaran terkenal dari China. Kewujudannya turut menjadi simbol keharmonian dan kepelbagaian budaya masyarakat di Negeri Kelantan.
MPKB-BRI akan terus komited dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan aset awam dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta keceriaan bandar Kota Bharu sentiasa terpelihara.
βKota Bharu Bandar Raya Islamβ




- Last updated on .
- Hits: 4