Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, melibatkan penyertaan sebanyak 69 kontinjen daripada badan kerajaan dan swasta serta kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 25,000 orang.

Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang diwakili oleh Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan berjaya meraih Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐Ÿ† Keputusan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026:

๐Ÿฅ‡ Johan: Kontinjen Jajahan Machang

๐Ÿฅˆ Naib Johan: Kontinjen Jajahan Gua Musang

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)

Tempat Keempat: Kontinjen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

Tempat Kelima: Kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan (LHDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen MPKB-BRI atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan patriotisme yang tinggi sepanjang menyertai acara perbarisan ini.

Pencapaian Tempat Ketiga๐Ÿฅ‰ ini membuktikan kesungguhan serta semangat juang warga MPKB-BRI dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, memperkukuhkan perpaduan dan menzahirkan kecintaan kepada tanah air.

Tahniah Kontinjen MPKB-BRI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฅ‰

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#MPKBBRI #HariKebangsaan2026 #PerbarisanKemerdekaan #SemangatPatriotisme #MalaysiaMADANI #KotaBharu #JiwaMerdeka

MERDEKA1

MERDEKA2

MERDEKA3

  • Last updated on .
  • Hits: 3