UNIT LATIHAN DAN KOMPETENSI, BAHAGIAN PERKHIDMATAN, MPKB-BRI TELAH MENGADAKAN PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)
2 September 2026, Rabu – Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) MPKB-BRI Tahun 2026 bertempat di Perkarangan Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana, Kota Bharu.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Azlan bin Zainal, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan. Program ini melibatkan seramai 55 orang kakitangan di Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana (Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Cukai Bandar).
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan tahap kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran, serta memberi pendedahan mengenai tindakan keselamatan yang betul semasa kecemasan.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal berkaitan penggunaan alat pemadam api dengan kaedah yang betul dan selamat, di samping menguji keberkesanan prosedur pengungsian bangunan, penggunaan laluan kecemasan, tempat berkumpul dan pelaksanaan 'head count'.




- Last updated on .
- Hits: 4