π£ππ‘ππ¨ππππ‘ π¦ππ£ππ‘ππ¨π π¦ππ π£ππ‘π π¦ππ ππ¨π§ππ‘ πππ₯π πππ£π¨π§ππ₯πππ‘ πππ¬π π π¦π¨ππ§ππ‘ π π¨πππ π ππ π© ππ-π±π³
KOTA BHARU, 3 September 2026 β Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedang membekalkan kain rentang/sepanduk sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 untuk dipasang di premis-premis perniagaan dalam kawasan MPKB-BRI. Kain rentang/sepanduk berkenaan dijual pada harga RM65.00 dan boleh diperolehi di Bahagian Pelesenan, MPKB-BRI.
Pemilik premis dikehendaki memasang kain rentang/sepanduk berkenaan sebelum 29hb September 2026 sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam memeriahkan sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-57.
Sehubungan dengan itu, MPKB-BRI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemilik premis atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini.
#pelesenanmpkbbri
#kelantankubersih
#sayangikotabharu




- Last updated on .
- Hits: 19