Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

10 September 2026, Khamis - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima kunjungan delegasi penilai Pertandingan KelantanKu Bersih Negeri Kelantan Tahun 2026 daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Delegasi penilai diketuai oleh Yang Berusaha Hajjah. Nor Sheri Erani Binti Hj. Abdullah, Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi Panel Penilai Pertandingan KelantanKu Bersih, bersama 10 orang panel penilai yang lain.

Pertandingan KelantanKu Bersih bagi tahun 2026 mempertandingkan 7 kategori, iaitu:

1. Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan

2. Pasar Awam Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan

3. Tandas Awam Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan

4. Taman Perumahan Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan

5. Taman Rekreasi Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan

6. Ikon Kebersihan Pihak Berkuasa Tempatan

7. Premis Perniagaan/Premis Makanan Terbersih Pihak Berkuasa Tempatan

Pada majlis tersebut, ucapan alu-aluan pihak MPKB-BRI telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Haji Zulkifle bin Abdul Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada pihak panel penilai yang disampaikan oleh Yang Berusaha Hajjah. Nor Sheri Erani Binti Hj. Abdullah, selaku Pengerusi Panel Penilai Pertandingan KelantanKu Bersih.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh delegasi panel penilai atas kesudian hadir dan melaksanakan penilaian di kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Moga segala usaha, komitmen dan gerak kerja seluruh warga MPKB-BRI dalam memastikan kebersihan, keceriaan dan kesejahteraan bandar Kota Bharu akan membuahkan hasil yang terbaik.

Semoga MPKB-BRI terus memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pertandingan KelantanKu Bersih Tahun 2026 serta terus maju jaya, konsisten dan komited dalam memastikan kecemerlangan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warga Kota Bharu.

KELANTANKU%20BERSIH1

KELANTANKU%20BERSIH2

KELANTANKU%20BERSIH3

  • Last updated on .
  • Hits: 9