π£π₯π’ππ₯ππ ππ«π£ππ’π₯πππ ππππππͺππ‘ππ¦ π π£ππ-ππ₯π
12 September 2026, Sabtu - Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Explorace Beliawanis Bandar Raya Islam yang menghimpunkan para beliawanis dalam suasana penuh semangat, ceria dan ukhuwah.
Program ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datoβ Hj Zulkifle bin Abd Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Turut hadir di majlis perasmian YBrs. En. Muhammad Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Whip MPKB-BRI dan Ust. Wan Sharafi bin Wan Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Islam, MPKB-BRI.
Sebanyak 10 pasukan dari Beliawanis Kota Bharu yang menyertai program ini. Pelbagai cabaran dan aktiviti menarik telah disediakan yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta.
Terima kasih kepada semua Beliawanis yang terlibat.
#mpkbbri
#membangunbersamaislam
#exploracebeliawanis




- Last updated on .
- Hits: 10