Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

BERTAM, PULAU PINANG, 12 September 2026 โ€“

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2026 telah berlangsung di Bertam Resort, Pulau Pinang dengan menghimpunkan barisan kepimpinan, Ahli Majlis serta pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh negara.

Konvensyen yang membawa tema โ€œSinergi MADANI, PBT Lestari, Persekitaran Harmoniโ€ telah disempurnakan oleh YB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut yang disertai oleh barisan Ahli Majlis MPKB-BRI dan pegawai MPKB-BRI yang diketuai oleh Timbalan Ketua Whip, YBrs. Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi.

Penyertaan MPKB-BRI dalam konvensyen ini memberi peluang kepada barisan kepimpinan dan warga kerja Majlis untuk mengikuti perkongsian ilmu, perkembangan semasa serta amalan terbaik berkaitan pemerkasaan tadbir urus, pengurusan PBT, kelestarian bandar dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Hari pertama konvensyen turut menyaksikan pelancaran Sistem Penarafan Bintang PBT secara dalam talian serta Penyampaian Anugerah Penarafan Bintang PBT 2026 sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap prestasi, kecekapan pengurusan dan kecemerlangan PBT dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Penganjuran Konvensyen PBT 2026 menjadi wadah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara PBT, di samping menyediakan ruang untuk perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan dan penerokaan pendekatan baharu dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan di peringkat tempatan.

MPKB-BRI akan terus komited untuk memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan prestasi organisasi, memperkasa penyampaian perkhidmatan serta mengadaptasi amalan dan pendekatan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan semasa demi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berkesan kepada masyarakat Kota Bharu.

Penyertaan dalam konvensyen ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada Majlis melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang seterusnya boleh diterjemahkan kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MPKB-BRI, selaras dengan aspirasi untuk membangunkan bandar raya yang lebih lestari, harmoni dan sejahtera.

KONVENSYEN1

KONVENSYEN2

KONVENSYEN3

  • Last updated on .
  • Hits: 9