Accessibility Tools

Skip to main content

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗦𝗨𝗑𝗔𝗧 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ

13 September 2026, Ahad - Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha Bulanan bertempat di Masjid Jamek As-Salam, Pengkalan Chepa.

Program ini merupakan salah satu inisiatif MPKB-BRI dalam menyemarakkan amalan kerohanian serta memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga kerja. Selain menjadi wadah mengeratkan silaturahim, program ini turut memberi ruang kepada warga MPKB-BRI untuk bersama-sama mengimarahkan masjid melalui pengisian kerohanian yang bermanfaat.

Turut hadir YABhg. Dato' Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahli Majlis, YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI serta kakitangan Majlis.

Program diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Baharin bin Yusoff, Imam Tua Masjid Jamek As-Salam, Pengkalan Chepa. Penyampaian tazkirah memberikan pengisian dan peringatan yang bermanfaat kepada para hadirin dalam meningkatkan keimanan, ketakwaan serta penghayatan terhadap tuntutan agama dalam kehidupan seharian.

Semoga pelaksanaan program ini dapat diteruskan secara konsisten dan menjadi medium dalam membentuk warga kerja MPKB-BRI yang bukan sahaja cemerlang dalam tugas, malah sentiasa menjunjung nilai-nilai Islam dan murni dalam kehidupan.

#MPKBBRI
#ProgramSolatSunatDhuha
#SolatDhuhaBulanan
#MasjidJamekAsSalam
#PengkalanChepa
#BandarRayaIslam
#KotaBharu

DHUHA1

DHUHA2

DHUHA3

DHUHA4

  • Last updated on .
  • Hits: 10