Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ฝ ๐—จ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—ฎ๐˜€โ€™๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต & ๐—œ๐˜๐—พ๐—ฎ๐—ป (๐—จ๐— ๐—œ) ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

15 September 2026, Selasa โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Islam, MPKB-BRI telah mengadakan Kursus Pembudayaan Prinsip Ubudiyyah, Masโ€™uliyyah & Itqan (UMI) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Tahun 2026 bertempat di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI.

Kursus dirasmikan oleh YABhg. Dato' Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI.

Taklimat UMI telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Johari bin Mat, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) dan YBrs. Ustaz Ilias bin Ahmad, penceramah KIAS.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan penghayatan pegawai terhadap prinsip Ubudiyyah, Masโ€™uliyyah dan Itqan (UMI), di samping membudayakan nilai-nilai tersebut dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab seharian bagi memperkukuhkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

#umi
#Ubudiyyah
#mpkbbri
#PBT
#MembangunBersamaIslam

UMI1

UMI2

UMI3

UMI4

  • Last updated on .
  • Hits: 7