Accessibility Tools

Skip to main content

π—‘π—”π—œπ—ž 𝗧𝗔π—₯𝗔𝗙 π—£π—˜π—‘π—–π—”π—›π—”π—¬π—”π—”π—‘ & π—žπ—˜π— π—¨π——π—”π—›π—”π—‘ 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯𝗔𝗑 π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ π—”π—‘π—œπ—¦

Di samping tugasan penyelenggaraan sekitar Bandar Kota Bharu, Unit Teknikal, Bahagian Bangunan & Elektrik, Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI kini sedang giat melaksanakan kerja-kerja naik taraf pencahayaan di Taman Perbandaran Tengku Anis.

Projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Kelantan ini antara lain bagi menangani kerosakan kabel elektrik bawah tanah yang turut terjejas akibat pertumbuhan akar pokok. Kerja-kerja baik pulih kemudahan seperti tandas awam, wakaf, surau dan bangunan berkaitan turut dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung.

Usaha ini juga merupakan sebahagian persediaan bagi Pesta Flora 2026 sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan pada 24 September 2026, di mana taman ini akan turut dibuka kepada pengunjung pada waktu malam.

Kerja-kerja masih dalam tindakan dan kami menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengunjung.

Sama-sama kita nantikan wajah baharu Taman Tengku Anis dan meriahkan Pesta Flora 2026!

#pbt
#mpkb
#daulattuanku
#harikeputeraansultankelantan
#MembangunBersamaIslam

PENCAHAYAAN1

PENCAHAYAAN2

PENCAHAYAAN3

PENCAHAYAAN4

PENCAHAYAAN5

  • Last updated on .
  • Hits: 8