Accessibility Tools

Skip to main content

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—§π—”π—£π—”π—ž π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—£π—˜π— π—”π—‘π—§π—”π—¨π—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—˜π—₯π—¦π—œπ—”π—£π—”π—‘ π—”π—žπ—›π—œπ—₯ 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗔𝗬𝗔𝗔𝗑 π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗩

21 September 2026, Isnin - Satu lawatan tapak serta pemantauan kerja-kerja persiapan akhir bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V telah diadakan di sekitar Bandar Kota Bharu.

Lawatan tapak ini telah diketuai oleh YABhg. Dato' Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, bersama YBrs. En. Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob, Ketua Ahli Majlis MPKB-BRI, YBrs. En. Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI serta pegawai-pegawai MPKB-BRI bagi meninjau dan memastikan segala persiapan yang sedang dilaksanakan berada pada tahap yang baik dan berjalan mengikut perancangan.

Antara perkara yang diberi perhatian adalah kerja-kerja pemasangan lampu dan pencahayaan di sekitar Bandar Kota Bharu bagi menambah keceriaan serta mewujudkan suasana yang lebih meriah dan menarik sempena sambutan tersebut. Pemasangan lampu ini turut dipantau bagi memastikan aspek susun atur, kekemasan dan keselamatan berada pada tahap yang ditetapkan.

Pemantauan turut meliputi aspek kebersihan, keceriaan, penyelenggaraan serta persiapan kemudahan dan persekitaran di lokasi-lokasi yang terlibat bagi memastikan kawasan sekitar Bandar Kota Bharu berada dalam keadaan kemas, bersih, teratur dan kondusif menjelang berlangsungnya sambutan.

Lawatan ini juga menjadi platform bagi mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan tindakan serta penyelarasan segera, di samping memastikan kerja-kerja persiapan akhir dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna.

MPKB-BRI sentiasa komited dalam memastikan aspek pengurusan bandar, kebersihan dan keceriaan sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam menyambut acara rasmi yang melibatkan masyarakat serta para pengunjung ke Bandar Kota Bharu.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan dapat memberikan suasana yang lebih ceria, selesa dan teratur serta menyokong kelancaran Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.

#mpkbbri
#KotaBharu
#DaulatTuanku
#SultanMuhammadV
#harikeputeraansultanmuhamadv
#BandarKotaBharu
#MembangunBersamaIslam

PENCAHAYAAN7

PENCAHAYAAN8

PENCAHAYAAN9

  • Last updated on .
  • Hits: 10