๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ฃ โ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
23 September 2026, Taman Perbandaran Tengku Anis - Sesi pemarkahan Pertandingan Landskap bertemakan โLaman Fantasiโ sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 sedang berlangsung.
Para juri sedang menilai hasil kreativiti, inovasi dan keunikan landskap yang dihasilkan oleh peserta yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.
MPKB-BRI tampil dengan tema โJack & The Beanstalk โ Taman Atas Langitโ, menampilkan pokok kacang gergasi yang menjulang ke langit, replika awan yang mencurah air serta hiasan bunga-bungaan berwarna-warni yang menceriakan suasana.
Gabungan elemen fantasi, kreativiti dan landskap ini pastinya memberikan pengalaman visual yang menarik kepada para pengunjung.
Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 akan dibuka kepada orang awam bermula 24 hingga 27 September 2026, dari 10.00 pagi hingga 11.00 malam, bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.
Jom pakat hadir bersama keluarga untuk memeriahkan Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 dan saksikan sendiri keunikan landskap serta pelbagai tarikan yang disediakan!
#PestaFloraNegeriKelantan2026
#LamanFantasi
#JackAndTheBeanstalk
#TamanAtasLangit
#MPKBBRI






- Last updated on .
- Hits: 9