Accessibility Tools

Skip to main content

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—™๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berangkat merasmikan Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, hari ini.

Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang bertemakan โ€œAlam Lestari, Komuniti Harmoniโ€ berlangsung selama empat hari bermula 24 hingga 27 September 2026, dengan pelbagai program dan aktiviti yang mengetengahkan keindahan flora, landskap serta usaha pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Dalam titah dan ucapan yang disampaikan, pelestarian alam sekitar turut ditekankan sebagai satu tanggungjawab bersama dalam memastikan alam terus terpelihara untuk generasi akan datang. Usaha ini juga selaras dengan tuntutan Islam yang mendidik manusia supaya mengurus dan memelihara nikmat serta amanah Ilahi sebagai khalifah di muka bumi.

Pada kesempatan ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut melakar kejayaan apabila berjaya meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi penyertaan bertemakan โ€œLaman Fantasi- Taman Atas Langitโ€.

Pencapaian ini merupakan hasil kreativiti, komitmen dan kerjasama warga kerja MPKB-BRI dalam mengetengahkan konsep landskap yang bukan sahaja menarik dari aspek visual, malah turut membawa pengunjung meneroka perjalanan kisah klasik fantasi, Jack and The Beanstalk.

Tahniah dan syabas diucapkan diatas kreativiti, komitmen dan kerjasama warga kerja MPKB-BRI.

#MPKBBRI
#PestaFloraNegeriKelantan2026
#AlamLestariKomunitiHarmoni
#LamanFantasi
#KelestarianAlam
#KotaBharu
#Kelantan

PESTA%20FLORA

PESTA%20FLORA2

PESTA%20FLORA3

PESTA%20FLORA4

  • Last updated on .
  • Hits: 6