Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ โ€“ ๐—ก๐—”๐—œ๐—• ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—™๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah berjaya meraih NAIB JOHAN Pertandingan Landskap sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 menerusi persembahan bertemakan โ€œJack & The Beanstalk โ€“ Taman Atas Langitโ€.

Kejayaan ini merupakan hasil cetusan kreativiti, komitmen serta kerjasama berpasukan dalam menterjemahkan sebuah taman berkonsepkan fantasi melalui gabungan elemen landskap lembut dan kejur, pencahayaan serta elemen dekoratif yang membentuk suasana โ€œTaman Atas Langitโ€.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Bahagian Landskap MPKB-BRI serta Bahagian Bangunan dan Elektrik MPKB-BRI yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan penyertaan ini, bermula daripada proses perancangan, penyediaan dan pembinaan sehingga kepada kemasan akhir di tapak pertandingan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk MPKB-BRI terus menghasilkan landskap bandar yang kreatif dan berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.

Tahniah MPKB-BRI!

#Mpkb
#PestaFlora
#HariKeputeraan
#DaulatTuanku

PESTA%20FLORA%20 %20NAIB%20JOHAN

  • Last updated on .
  • Hits: 4