๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐จ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐๐ก ๐จ๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฉ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐-๐ฑ๐ณ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
KOTA BHARU, 26 SEPTEMBER 2026 โ Menjunjung kasih atas perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, mencemar duli berangkat ke Malam Semarak Daulat sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah menyerikan lagi majlis yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh kemeriahan, harmoni dan semangat kebersamaan. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat serta menyemarakkan semangat kecintaan dan taat setia kepada institusi diraja Kelantan.
Hadir sama, YABhg. Datoโ Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Pelbagai acara menarik telah disajikan kepada para pengunjung, termasuk persembahan hiburan daripada artis-artis tempatan yang memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung. Kehadiran komuniti permotoran serta orang ramai turut menyemarakkan lagi sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah.
Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menjadi wadah hiburan kepada masyarakat, malah turut mencerminkan keakraban hubungan antara institusi diraja dengan rakyat, selaras dengan semangat menjunjung kasih dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
"RAJA DAN RAKYAT, BERPISAH TIADA"
#MPKB
#malamsemarakdaulat
#SambutanHariKeputeraan
#SultanMuhammadV
#RajaDanRakyatBerpisahTiada
#MembangunBersamaIslam





- Last updated on .
- Hits: 4