Accessibility Tools

Skip to main content

π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π— π—˜π— π—•π—”π—œπ—žπ—œ π—›π—”π—žπ—œπ—¦π—”π—‘ π—§π—˜π—•π—œπ—‘π—š & π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—₯𝗔𝗔𝗑 π—Ÿπ—’π—‘π—šπ—žπ—”π—‘π—š

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki hakisan tebing serta penyelenggaraan longkang di tebing sungai berhampiran Lorong Titian Dato’ Lundang, Kota Bharu.

Projek ini dilaksanakan menggunakan Peruntukan Kerajaan Negeri bagi menangani isu hakisan serta memastikan kestabilan struktur tebing dan kelancaran aliran air di kawasan berkenaan.

Antara skop kerja yang dilaksanakan ialah :-

1. Membaiki hakisan tebing sungai

2. ⁠Menukar struktur longkang yang rosak

3. ⁠Menanam cerucuk untuk mengukuhkan struktur tanah

4. ⁠Pemasangan sangkar gabion di sepanjang tebing

Kerja-kerja ini dilaksanakan demi keselamatan, kesejahteraan serta keselesaan penduduk setempat.

Pihak Majlis memohon maaf atas sebarang kesulitan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini.

#pbt
#mpkb

HAKISAN4

HAKISAN1

HAKISAN2

 

  • Last updated on .
  • Hits: 2