Accessibility Tools

Skip to main content

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—š๐—จ๐—ก๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š, ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

17 Oktober 2026 | Jeli, Kelantan - Berlangsung kelmarin Program Konvoi Ekspedisi ke Gunung Reng, Jeli anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menghimpunkan seramai 100 orang belia dalam satu aktiviti yang menggabungkan elemen rekreasi, perpaduan, ukhuwah dan penghayatan nilai-nilai Islam.

Program ini bertujuan menyediakan ruang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat, berfaedah dan membina jati diri. Melalui penyertaan dalam konvoi ekspedisi ini, para peserta berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap pengisian rohani bagi menyemai kesedaran tentang kepentingan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai murni seperti disiplin, amanah, tanggungjawab, saling menghormati dan semangat berpasukan diharap dapat membentuk golongan belia yang bukan sahaja aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, malah mempunyai akhlak terpuji serta keperibadian yang unggul.

Pemilihan Gunung Reng, Jeli sebagai destinasi ekspedisi turut memberikan peluang kepada peserta untuk mendekati keindahan alam semula jadi sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT. Pengalaman ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghargai alam sekitar serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam.

MPKB-BRI sentiasa menyokong pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada golongan belia, khususnya dalam usaha melahirkan generasi yang berdaya saing, berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai semangat cinta akan masyarakat serta negara.

Semoga Program Konvoi Ekspedisi ke Gunung Reng, Jeli ini mencapai objektif yang disasarkan dan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik serta bermanfaat demi pembangunan sahsiah dan kesejahteraan golongan belia.

#PBT
#MPKB
#konvoiekspedisi
#gunungrengjeli
#BeliaBerwibawa
#BeliaSejahtera
#memperkukuhukhuwah

GUNUNGRENG1

GUNUNGRENG2

GUNUNGRENG3

GUNUNGRENG4

GUNUNGRENG5

GUNUNGRENG6

GUNUNGRENG7

GUNUNGRENG8

  • Last updated on .
  • Hits: 2