Accessibility Tools

Skip to main content

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—¨π—¦π—”π—›π—” π—žπ—£π—žπ—§ π—žπ—˜ π—§π—”π—£π—”π—ž 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘ π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ

18 Oktober 2026, Kota Bharu - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi daripada YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke tapak-tapak projek pembangunan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis.

Turut hadir menyertai dan mengiringi lawatan kerja turun padang ini ialah YBhg. Dato' Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), YBrs. Tuan Haji Mansor bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI, YBrs. Encik Mas Midyawan Bin Yahya, Pengarah Bahagian Pembangunan JKT, serta barisan pengarah dan pegawai MPKB-BRI.

Sesi lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini bertujuan memantau rapat status kemajuan projek infrastruktur, dimulakan dengan tinjauan ke tapak Projek Landskap Perbandaran yang merangkumi kawasan tumpuan utama iaitu di Dataran Kota Sultan Ismail Petra, Padang Merdeka, dan Tambatan Diraja.

Seterusnya pada jam 10.15 pagi, delegasi bergerak bagi meninjau tapak Projek Longkang di Taman Sri Iman, Telok Panji. Di lokasi ini, satu sesi pembentangan ringkas berkaitan status terkini projek telah disampaikan kepada pihak delegasi bagi meneliti kelancaran sistem saliran di kawasan tersebut.

Agenda lawatan kemudiannya diteruskan pada jam 11.15 pagi ke lokasi Projek Pantai Cahaya Bulan. Sesi pembentangan dan perbincangan secara teliti turut diadakan secara terus bersama pihak kontraktor bagi membincangkan perkembangan serta memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Pihak MPKB-BRI amat menghargai sokongan berterusan pihak KPKT dalam merealisasikan agenda pembangunan demi keselesaan dan kesejahteraan warga Kota Bharu.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

#PBT
#lawatankerja
#KPKTMalaysia
#mpkbbri
#PembangunanInfrastruktur
#kotabharubandarayaislam
#MembangunBersamaIslam

KPKT8

KPKT9

KPKT10

  • Last updated on .
  • Hits: 7