π£π₯π’ππ₯ππ π₯ππͺππ‘π π¦π§π₯ππ§π ππ ππ’π‘ππ’π ππ‘ππ¨π π§ππππ‘π π₯πππ πππͺπ
π£π₯π’ππ₯ππ π₯ππͺππ‘π π¦π§π₯ππ§π ππ ππ’π‘ππ’π ππ‘ππ¨π π§ππππ‘π π₯πππ πππͺπ
17 Oktober 2026, Kota Bharu - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tijani Raja Dewa telah berjaya menganjurkan Program Rewang Strata bertempat di Kondominium Tijani Raja Dewa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Setiausaha MPKB-BRI yang mewakili YABhg. Dato' Yang Dipertua MPKB-BRI. Kemuncak majlis diserikan dengan gimik perasmian merangkumi acara gunting reben, tarik tirai dan diikuti dengan simbolik penanaman pokok oleh YBrs. Tuan Setiausaha bersama Pengerusi JMB.
Turut hadir sama menjayakan program ini adalah YBrs. Encik Muhammad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob, Ketua Whip MPKB-BRI, YBrs. Encik Mhd Nordin Bin Ibrahim, Ahli Majlis MPKB-BRI serta barisan Pengarah dan Pegawai MPKB-BRI. Majlis turut disantuni oleh penceramah jemputan dari Jabatan Perumahan Negara (KPKT) iaitu Ir. Ts. Puan Nor Azizah Binti Mohammed Rum dan Puan Suhada Binti Abdullah, Pengerusi JMB Tijani Raja Dewa, Mr Lee Kum Chuan, wakil JMB serta Perbadanan Pengurusan (MC).
Pengisian program bermula seawal pagi dengan kursus dan taklimat komprehensif berkaitan pengurusan strata kepada para peserta yang terdiri daripada ahli pengurusan JMB. Selain itu, bagi merapatkan ukhuwah komuniti, pelbagai aktiviti sukaneka dan permainan "indoor" turut diadakan khusus untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati penghargaan dan jamuan makan tengah hari.
"KE ARAH KESEJAHTERAAN KOMUNITI STRATA"
#mpkbbri
#ProgramRewangStrata
#TijaniRajaDewa
#PengurusanStrataKPKT
#MembangunBersamaIslam
#KotaBharuBandarRayaIslam





- Last updated on .
- Hits: 9