π’π£ππ₯ππ¦π π ππ₯π’ππ’π πππ‘πππ‘ πππ₯ππ ππ ππ§ππ¦ π§ππ‘ππ π₯ππππ πππ₯πππππ‘
Operasi meroboh binaan haram yang didirikan di atas tanah rizab kerajaan telah dilaksanakan sebagai langkah penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Operasi ini diketuai oleh Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu melibatkan kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad, Air Kelantan Sdn Bhd dan Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Tindakan ini bertujuan memastikan tanah rizab kerajaan tidak dicerobohi atau digunakan tanpa kebenaran pihak berkuasa, di samping memelihara kepentingan awam serta memastikan penggunaan tanah mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
MPKB-BRI akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan peraturan dipatuhi demi mewujudkan persekitaran bandar yang teratur, selamat dan sejahtera.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam membantu pihak berkuasa memastikan kawasan pentadbiran Kota Bharu sentiasa terpelihara dan diurus dengan baik.
#mpkbbri #PBT #penguatkuasaan #tanahrizabkerajaan #kerajaankelantan #KotaBharu #bandarrayaislam



- Last updated on .
- Hits: 7