JASAMU DIKENANG
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti, kepimpinan serta khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam.
Segala sumbangan, komitmen dan dedikasi YABhg. Dato’ dalam memacu pembangunan serta kecemerlangan organisasi akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja MPKB-BRI.
Sesungguhnya, persaraan bukanlah noktah kepada sebuah perjuangan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang baharu.
Semoga YABhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahi kebahagiaan serta diberkati Allah SWT dalam setiap urusan.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa Dato’ sentiasa dalam kenangan.

- Last updated on .
- Hits: 8