Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM KEMPEN MASYARAKAT SIHAT PRODUKTIVITI MENINGKAT BERSAMA KOMUNITI DI PPR KOTA BHARU (LOCAL AGENDA 21 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BAGI TAHUN 2022)
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
17 September 2022, Kota Bharu - Program Kempen Masyarakat Sihat Produktiviti Meningkat bersama Komuniti Di PPR Kota Bharu. Local Agenda 21 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program ini dimulakan dengan acara kayuhan basikal ( Fun Ride ) yang disertai lebih kurang 300 orang peserta kayuhan telah pun di sempurnakan oleh YABrs. Tuan Rosnazli Bin Haji Amin, Yang Dipertua MPKB-BRI.
Turut hadir di majlis ini adalah Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI, Pengarah, serta Penolong Pengarah. Program juga telah dihadiri lebih kurang 500 orang di mana penyertaan terdiri daripada peserta kayuhan basikal, penduduk PPR, penduduk sekitar dan juga penyertaan agensi-agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, AADK Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, PDRM, Pergigian Kota Bharu dan SW Corporation.
Pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan, demontrasi memadam kebakaran, Derma Darah, dan cabutan bertuah. Turut diadakan ialah ceramah berkaitan kebun kejiranan bersama Jabatan Pertanian Kelantan dan ceramah kebersihan.