msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI POS-POS TONG AWAM OLEH PIHAK KONTRAKTOR ATAU VENDOR

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
10 May 2023 - Aktiviti pembuangan sisa haram ke tong awam daripada sektor industri, sektor pembinaan, sektor perniagaan dan premis- premis kerajaan yang menggunakan perkhidmatan pelantikan syarikat vendor untuk mengurus sisa-sisa sampah tersebut telah memberi kesan kepada orang awam dan pengurusan sisa pepejal Majlis. Sesetengah sektor berkenaan telah membuang sisa-sisa tersebut ke dalam tong awam yang ternyata salah dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Majlis.
Kesalahan seumpama boleh dikompaun dan Majlis amat serius untuk menangani kegiatan yang menyalahi peraturan ini.
Pihak Majlis juga telah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang kecil berkaitan jadual pembuangan sampah mengikut waktu yang telah ditetapkan seperti mana berikut:-
*Antara pukul 6.00 petang sehingga 8.00 pagi sahaja*
*Kesalahan membuang sampah mengikut Undang-undang Kecil Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPKB-BRI) 2019*
Pihak Majlis berharap badan kerajaan atau pihak syarikat hendaklah melantik konktraktor atau vendor yang berdaftar dengan pihak Majlis bagi mengelak kejadian pembuangan sisa haram di pos-pos awam.
Orang awam juga diminta sentiasa mematuhi arahan daripada pihak Majlis serta memberi info jika berlakunya pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing. Sebarang aduan boleh diajukan melalui talian whatsapp Majlis yang bernombor :
019-9344300
##Kelantanku Bersih,Indah,Ceria
##Jupo Sapoh Kutip
##Jange Tohok Kokse

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png7.png0.png2.png
Today17
Yesterday25
This week151
This month509
Total37702

2024-04-20
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Khamis, 18 April 2024, 01:45:39.

Search