msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

BANDAR TERBAIK ASIA TENGGARA : MPKB BRI BERADA DI TEMPAT KE-16

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
21 November 2024 - Yang Berhormat Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kelantan pada 21 November 2024 (Khamis) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan yang merakamkan penghargaan Kerajaan Negeri Kelantan kepada 11 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) kerana telah berjaya mencapai status Bandar Mampan tahun 2024 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan (HPBS) yang dinilai dan diukur berdasarkan Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia atau singkatan MURNInets (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network For Sustainable Development) berdasarkan 5 Strategi, 6 Dimensi, 22 Tema dan 51 penunjuk melibatkan 153 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia. Kesemua 11 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan telah mendapat markah melebihi 80% manakala skor purata bagi negeri Kelantan adalah 83.77%.

Selain anugerah Bandar Mampan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut dianugerahkan di tempat ke-433 Bandar Terbaik dalam kalangan 1,000 buah bandar di dunia dan berada di tangga ke-16 Bandar Terbaik Asia Tenggara melalui kajian Best Cities Index oleh Oxford Economics Global Index 2024. MPKB-BRI juga mendapat Anugerah Khas "Champion Of Ease Of Doing Business" bagi Kelulusan Terpantas Projek Skala Kecil 2024 daripada Ketua Pengarah PLANMalaysia.

Pencapaian dan pengiktirafan ini akan dapat menaikkan lagi semangat kepada warga kerja MPKB-BRI dalam memberikan perkhidmatan dan sistem penyampaian terbaik kepada warga Kota Bharu.

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png3.png8.png6.png8.png
Today1
Yesterday35
This week66
This month92
Total43868

2024-12-04
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 02 Disember 2024, 10:30:12.

Search