MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KOTA BHARU BEBAS BEG PLASTIK FASA 2
07 Ogos 2025, Khamis - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen Kota Bharu Bebas Beg Plastik Fasa 2 bertempat di Perkarangan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu,Kelantan.
Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah,Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Ustaz Dato’ Abdul Rahman Bin Yunus,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan,Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Munib As Syakirin Bin Zakaria,Ketua Ahli Majlis MPKB-BRI,Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Bin Othman,Setiausaha MPKB-BRI,Puan Hajah Sheri Elini Binti Haji Abdullah,Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Kelantan,barisan Ahli Majlis,pegawai-pegawai MPKB-BRI serta pengurus-pengurus Pasaraya dan peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah.
Kempen Kota Bharu Bebas Plastik fasa 2 ini dilaksana berkesinambungan daripada kempen fasa 1 yang telah melibatkan semua pasaraya-pasaraya besar dalam kawasan pentadbiran Majlis.
Selain itu, majlis juga di serikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pasaraya-pasaraya yang telah memberi sokongan dalam menjayakan Kempen Kota Bharu Bebas Beg Plastik sejak 1 Januari 2024 lagi.
Yang Berhormat beserta dengan dif-dif kehormat juga sempat mengadakan sesi Walkbout di dalam Pasar Siti Khadijah dan turut mengedarkan beg kertas kepada peniaga serta memberikan kefahaman kepada mereka tentang Dasar Bebas Plastik 2030 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Semoga majlis ini menjadi titik pertemuan kepada kesedaran masyarakat terhadap bahaya penggunaan beg plastik yang telah terbukti menganggu kesejahteraan alam sekitar dan membawa risiko jangka panjang kepada ekosistem alam.





- Last updated on .
- Hits: 115